Sunday 27 October 2013

Snorkelling at Cherating

4 comments
Assalamualaikum :D

Untuk entry kali ni, nak cerita pasal snorkelling di Cherating. Siapa cakap Cherating takda tempat nak snorkelling ? Salah tau kalau u olls pikir macam tu. (Alamak, aku dulu pikir macam tu jugak :p) Hehe. Hari kedua di Cherating, kami decide nak buat aktiviti snorkelling since dah lama dah nak try aktiviti tu. Tak sangka dapat jugak lagi-lagi bila dapat buat together dengan husband tercinta :p 

Muka penuh keterujaan :p


Selain snorkelling aktiviti kayak pun ada jugak. Kayak dia warna-warni :)

Thank you pada petugas yang sporting tolong snap gambar kami before bot bergerak =)



How excited both of us ! Weee :D


Bergerak ke Pulau Ular =)

Abg Lan : Instructor yang baik, sporting and helpful. Terbaik sangat lah ! Tq sebab bagi layanan tip top dekat kami berdua :)

Kami gerak ke Pulau Ular pukul 10.30 pagi since kami dimaklumkan kalau nak buat aktiviti snorkeling ni kena mula awal sebab kalau dah pukul 12 ke atas, kawasan laut dah mula bergelombang. Time tu, susah sikit la kalau air dah mula keruh.

Pengalaman naik bot laju menuju ke pulau sangat lah best ! Sangat seronok even menjerit jugak lah bila gelombang air besar. Lagi la best bila atas bot tu kami berdua je (tak termasuk Abg Lan) yang sewa. Memang rasa betul-betul special. Kekekeke. *over pulak mak noks* Abang Lan terangkan juga kawasan air laut tawar dan masin. Cantiknya laut warna biru. SubhanALLAH ! :)

Pulau Ular, Cherating Kuantan

Arrived ! Yahoooo =)







Aktiviti bagi makan ikan. High class tau ikan-ikan sekarang makan roti gardenia je (sungguh enak dimakan begitu sajaaa) HEHE. Lempar je roti terus ikan kerumun datang.

 Kawasan tumpuan ikan makan =)

 Ready to jump ! Letsss =)

Perjalanan menaiki bot ke pulau take about 35 minutes. Kami memang bertuah sebab cuma kami bertiga je yang ada dekat pulau tu on that time. Kebiasaanya ikut kata Abg Lan, bila time sesak memang ramai yang akan berkumpul di sekeliling pulau untuk aktiviti snorkeling. Bila sampai je, terus kena bagi ikan makan. Starter katenye :p Alahaiii seronoknya sebab ikan berkumpul dekat tangan bila lempar roti. *Fefeling sweet*

Bila dah settle, terus siapkan diri untuk next aktiviti. Honestly, rasa jakun kejap la sebab tak pernah kot try aktiviti air camni. Ejat dia dah pernah try so he's look more confident and cool rather than me la ! (cuak all the time) Hihi. Kami pakai peralatan asas snorkelling yang di bekalkan as I familiar like Mask (topeng selam), Snorkel (J tiub), Fins (kaki itik/katak pun boleh kalau nak sebut), P.F.D (Personal Flotation Device). Kesemua alatan tersebut ada functionnya yang tersendiri. Kalau korang rajin boleh la google, sebab nak terangkan secara ilmiah pun susah jugaK (maklumlah 'beginner' kannn). HEHE. 

As a beginner, Abg Lan bagi kawasan rendah dulu then lama-lama baru dia bawak area dalam sikit. Mula-mula seronok sebab bila menyelam je nampak dasar laut yang cantik. Bila kaki dah tak cecah dasar, menggelabah monyet tau ! *Aku takut air. Ye mengaku :( *

Kami berada di kawasan pulau selama 1 jam lebih before ombak kuat. Area pukul 12 lebih tu kami dah siap-siap nak gerak balik. Before balik sempat snap beberapa keping gambar =)






Di belakang tu (Pulau kecil), itulah Pulau Helang yang some people review. Orang yang duduk sana cakap, pulau tu dihuni oleh 1 ekor helang je. Haa pelik kan ? Sepanjang kat pulau tu pun memang ada perasan kekadang helang tu melintas kawasan tengah laut. 



Another view from Pulau Ular =)




Kalau ni pun dah cantik, cemana la ghupenye pulau dekat Mauritius or Maldives tu kan ? Mesti 1000x awesome. Tengok gambar pun dah terkesima. (Baca betul-betul. Bukan Takasima tau !) Alaaa teringin nak pegi sana ! *mintak-mintak Ejat baca perenggan ayat ni* HAHA.


Okay nak balik dah. Jom tolak bot ! :p


Tanda kami telah mencuba aktiviti di sini =) *COPY PASTE ayat JJCM Maria Tunku Sabri :'D

For more details:





Kalau u olls berkunjung ke Cherating and nak cuba pelbagai aktiviti, boleh la contact En.Hafiz ni. Selain snorkelling, banyak juga aktiviti lain yang diorang provide:

1. River Cruise (menyelusuri kawasan habitat paya bakau)
2. Kayak
3. Tengok Fireflies (Kelip-kelip)
4. Memancing 
5. Tengok penyu bertelur (Ikut musim)

Overall, puas hati sangat dengan pakej yang ditawarkan. Untuk aktiviti snorkelling, sepatutnya 1 bot perlu cukupkan 3 orang penumpang. Harga RM 60/Per person. Tapi sebab kami berdua je, so En.Hafiz bagi diskaun = RM 150 sahaja :) 

Done !



 Till we meet again :')

And Ejat act as a good photoghrapher :p


Bergambar berdua. Akan datang maybe bertiga. Eh ! Doakan ye. Amin =)

See a man at the back ? He's officially volunteer to sing a song to us while his pretty wife tried to snap our picture. How sweet ;*


2 PM: On the way back to Putrajaya

 Love this square hijab ! Ringan, selesa & senang sangat nak bentuk. Suka !



Jumpa next entry yeah =)


xoxo








Saturday 26 October 2013

Trip To Cherating: Day 2

0 comments
Morning All ! :D
Pagi-pagi menghadap air laut sangatlah mengujakan. Tu baru pandang, belum dengar lagi bunyi ombak. 

Pagi di Cherating =)

Cukup-cukup la tu dok ngadap laut kan. Before aktiviti seterusnya hari kedua tu, kena la isi perut dulu. So far, tak susah pun nak cari breakfast kat area sini sebab kebanyakan penduduk kat situ dah memang sedia ada warung untuk keselesaan pengunjung chalet yang hampir. 

Macam-macam adaaaa :p

Double check takut tertinggal nasi ! Haha

Warung makcik ni ramai orang pagi-pagi. Macam-macam jenis nasi ada jual. Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak pun ada tau. Semuaaa nampak sedap ! 

Tadaaa ! Nasi Kerabu jugak jadi pilihan hati + Milo & Teh O ais


Perlu jugak trademark THUMBS UP tu untuk menunjukkan tahap kesedapan nasi kerabu yang maksimum :'D

The reason why I love nature :)

Effect percikan (Ayat nak dramatik je :p) ombak buatkan pic ni nampak lagi jelita kan ? *lempang laju-laju !*


KA, what you try to say ? Ohh I see ! *love symbol*

and replied back ! Nah, this is for you :) Hihi

Nanti adek-adek or abang-abang pegi honeymoon pun, for sure ada drama-drama sentimental atas pasir ni (kalau pilihan tempat ada pantai). Believe me ! toksah nak geli sangat la hai :D HAHA 

Hari kedua yang menyeronokkan sebab dapat buat aktiviti snorkelling yang dah sekian lama nak try ! Wait for next entry yeah :)


xoxo







Friday 25 October 2013

Best Food at Cherating: Warung Awang Ikan Bakar

1 comments
*Kriok*Kriok*

Tetiba rasa lapar pulak bila nak tulis entry ni. Yela brader, cer tengok tajuk atas tu. Best food kot :D Okay nak terus story tempat makan time kat Cherating hari tu. Actually before pegi tu, dah jadi habit review seberapa banyak info from bloggers. Thanks sgt la kat bloggers yang tulis entry pasal seafood yang best dekat area Cherating. You help me a lot tau :)

So, bila Ejat tanya nak dinner dekat mana ? Terus jawab, 'Awang Ikan Bakar' ! 
Sebenarnya banyak lagi kedai makan seafood yang boleh jadi pilihan ramai. Contohnya area Tanjung Lumpur, Kuantan. 

 Warung Awang Ikan Bakar ni terletak tepi jalan je kalau dari Club Med Cherating. Senang sangat nak cari. Parking juga disediakan :)

Pilihan Seafood:

Kerapu, Siakap, haaa mai ! mai !


Sutun. Eh, sotong & Udang :p


 Adik amik order tu cakap ketam bunga lebih manis isinya. Pandai tau adik promote sampai aku pun terus ter influence :p


After half an hour
.
.
.
.
.
Yummy !

Untuk hidangan malam tu kami order:

1. Tomyam Campur
2. Kerapu 3 Rasa
3. Ketam Masak Cili
4. Sotong & Udang celup tepung
5. Sayur Kailan 
6. Telur Dadar
7. Air: Limau Ais

Berbaloi-baloi rasanya makan kat warung ikan bakar ni. Layanan best (Adik waiter mesra pelanggan), tempat makan selesa and most important thing semua makanan yang di order sedap-sedap belaka. Seriously ! Pilihan kami malam tu adalah :

Ketam Masak Cili


Ketam masak cili kat warung ni sedap gilos ! Kuahnya ada campuran telur sikit tapi telur tu tak terasa. Gabungan rasa pedas dan manis yang meletops. *Kemain ayat kau* HAHA. Haaa terliuq lettew nak rasa kan ? tak menyesal u olls. Tak tipu ! *Waaaa meleleh ayaq liuq cek ni hoi* Ejat dah start suruh buat-buat cari resepi ketam ni pulak. Adoiii :p


Beberapa minit selepas itu :p Kagum tak tengok kelicinan tersebut ? HAHA :)

List of Seafood Price :)

Harga pun affordable tau. Harga makanan kami malam tu RM 65.00 sahaja. Highly recommended !


Dah kenyang kan ? Jom ler kita balik :p





xoxo




 

A Happy Wifey Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template